Mewujudkan asas kukuh untuk kanak-kanak belajar dan membina kemampuan meneruskan pembelajaran sepanjang hayat amat penting bagi menentukan mereka terus menjadi aset kepada negara.semua pihak perlu memulakannya dengan membina asas yang betul untuk menjadikan generasi akan datang mempunyai minat mendalam untuk belajar.kata-kata Mahatma Gandhi, "Hidup seolah-olah kamu akan mati esok dan belajar seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya".
Ia hanya akan tercapai dengan kebolehan membaca, mengira, mempunyai kemahiran dalam teknologi maklumat, mencari maklumat, memberi alasan, menyelesaikan masalah, menguasai bahasa asing, bersemangat keusahawanan dan berminat untuk belajar.
Pembelajaran sepanjang hayat amat diperlukan hari ini bagi membolehkan kita mengikuti perkembangan dan perubahan teknologi yang berlaku dengan pantas.PRASEKOLAH SK MERPATI SANDAKAN
Monday, 12 March 2012
Prasekolah Merpati, Sandakan
Prasekolah Sk. Merpati, Sandakan mula beroperasi pada awal tahun 2009. Terdapat dua buah kelas yang memuatkan 25 orang murid bagi setiap kelas. Pendaftaran akan dibuka pada bulan Mac sehingga bulan Jun setiap tahun.
Pengambilan terbuka pada kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan ke atas sahaja. Akan tetapi, pendaftaran kepada kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah akan diberi sekiranya kanak-kanak yang berumur 6tahun ke atas kurang daripada jumlah yang diperlukan.
Kursus Pembangunan Blog
Hari ini Pembantu Pengurusan Murid(PPM) menghadiri kursus membuat blog selama 1 hari d SMK Sandakan II.
Subscribe to:
Posts (Atom)