Mewujudkan asas kukuh untuk kanak-kanak belajar dan membina kemampuan meneruskan pembelajaran sepanjang hayat amat penting bagi menentukan mereka terus menjadi aset kepada negara.semua pihak perlu memulakannya dengan membina asas yang betul untuk menjadikan generasi akan datang mempunyai minat mendalam untuk belajar.kata-kata Mahatma Gandhi, "Hidup seolah-olah kamu akan mati esok dan belajar seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya".
Ia hanya akan tercapai dengan kebolehan membaca, mengira, mempunyai kemahiran dalam teknologi maklumat, mencari maklumat, memberi alasan, menyelesaikan masalah, menguasai bahasa asing, bersemangat keusahawanan dan berminat untuk belajar.
Pembelajaran sepanjang hayat amat diperlukan hari ini bagi membolehkan kita mengikuti perkembangan dan perubahan teknologi yang berlaku dengan pantas.Beliau menambah, pembelajaran sepanjang hayat turut menjadi komponen penting dalam mengatasi dan menyelesaikan isu-isu utama global seperti masalah buta huruf, kesihatan, mengurangkan kemiskinan, masalah sosial, mengekalkan pembangunan dan memartabatkan kuasa wanita.
Kesemua kemahiran ini ujarnya, mesti dipupuk pada usia awal kanak-kanak.
"Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk berinteraksi dengan alam sekitar, dibenarkan mencari pengetahuan baru dan nilai-nilai berdasarkan pengalaman konkrit supaya mereka dapat membina kemahiran berfikir
No comments:
Post a Comment